[VIDEO] Wanita Melayu DICULIK 2 Lelaki Menaiki Alza Di Parking Hotel Regalia Residence !!!

Loading...

Video penculikan seorang wanita melalui CCTV menjadi tular di media sosial hari ini. Wanita itu dipercayai diculik oleh 2 orang lelaki yang tidak dikenali selepas wanita tersebut dalam perjalanan ke keretanya selepas ingin pulang dari kerja.

 

Menurut individu yang menggunakan akaun facebook Adrian Ismail yang merupakan rakan kepada majikan mangsa Kejadian itu berlaku di ruang parking kereta hotel Regalia Residence di jalan Sultan Ismail.

Berdasarkan video cctv ruang letak kereta itu, mangsa yang sedang berjalan untuk ke keretanya dengan seorang lelaki di hampiri oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Alza putih yang di letakkan di belakang kereta mangsa.

Suspek dilihat mengajak mangsa ke keretanya, setelah pintu belakang dibuka suspek ingin menolak mangsa ke dalam kereta tetapi mangsa sempat melarikan diri. Walaupun begitu, mangsa berjaya ditangkap oleh seorang suspek dan membawanya ke dalam kereta.

Beberapa barang kepunyaan mangsa yang terjatuh dijalan juga dilihat dikutip oleh seorang lelaki yang merupakan salah seorang daripada kumpulan tersebut. Mangsa masih lagi belum dijumpai.

Video:-


Sumber:- Adrian Ismail 

Loading...