Saya sangka tersalah letak tapi selepas puas mencari, baru sedar ia dicuri. Kesian Nabil.. Siapa Ada Maklumat Tolong Sebarkan.

Loading...

Vellfire Nabil kena curi

 

Kereta Vellfire Nabil hilang ketika menghadiri acara sekolah anaknya. – Foto Fail

Amirul Haswendy Ashari
haswendy@hmetro.com.myKERETA Toyota Vellfire milik pelawak Nabil Ahmad, 34, hilang dipercayai dicuri di Damansara, hari ini.

Nabil menyedari kehilangan kereta itu selepas tamat acara di sekolah anaknya.

“Saya sangka tersalah letak tapi selepas puas mencari, baru sedar ia dicuri,” katanya.

Dalam kejadian sebelah petang itu, Nabil yang menghadiri acara itu bersama isteri dan anaknya, terpaksa pulang ke rumah dengan kenderaan polis selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Namun, Nabil terpaksa melupakan seketika perkara itu kerana perlu mengacara program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang disiarkan secara langsung malam ini.

Ini kejadian kedua menimpanya kerana pada 2013, kereta Mitsubishi Lancer miliknya dipecah masuk ketika dia dan isteri sedang makan malam di sebuah restoran di Sungai Buloh.

Sumber : Harian Metro

Loading...