Perkara Pertama Saya Buat Lepas Dapat Kunci Rumah

Loading...

Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Bila dapat kunci, seronok tak terkata saya dan suami. Ramai tanya bila nak masuk rumah baru, saya kata nanti dulu. Tunggu buat #inspection.

Ramai yang silap bila dapat kunci rumah terus duduk. Sebenarnya sejurus dapat kunci, kita ada tempoh setahun untuk baiki segala defects pada rumah tanpa guna duit kita. Semua itu pemaju yang tanggung. Kira macam warranty.

So macam mana nak buat inspection:

1. Cari orang yang buat kerja inspection ni. Telefon dan beritahu dia.

2. Dia akan datang ke rumah dan tengok layout rumah.

3. Dia akan inspect segala defects yang ada pada rumah. Macam rumah saya, ada pelbagai jenis defects seperti lantai jubin kosong, cat xrata, air toilet bertakung, dinding crack, dll. Satu hari je dia buat inspection kat rumah saya.

4. Bila dah siap inspection, dia mintak tempoh seminggu untuk siapkan report bergambar. Bila report dah siap, dia emailkan softcopy kepada saya. Dia juga send hardcopy melalui postlaju.

5. Bila saya ada hardcopy report, saya pergi hantar kepada pihak pemaju.

6. Pemaju maklum dan ambil tindakan.
Kontraktor akan datang ke rumah dan baiki segala defects. Free of charge.

7. Inspection kali kedua dijalankan untuk pastikan kontraktor betulkan segala defects.

Haaa macam tu la lebih kurang proses inspection rumah saya. Semua pembeli rumah kena tahu benda ni sebab kadang2 luar rumah nampak cantik tapi sebenarnya banyak defects.

Bukan apa, taknak la bila dah duduk baru tahu banyak defects dalam rumah. Barang dah angkut semua masuk, anak kecik lagi. Leceh kan kalau time tu nak buat inspection?

Kos yang saya habis untuk buat inspection adalah sebanyak RM350 sahaja. Berbaloi sangat.

Sekadar perkongsian untuk semua. Ini based on my experience. Chill

Bole rujuk gambar di bawah.

tag
tag
tag
tag
tag
tag
tag
tag

Perkongsian : Fasihah Ibrahim

Loading...