Kerana Tidak Sabar Menunggu Waktu Berbuka Puasa, Lelaki INI Nekad Laungkan Azan Maghrib Sebelum Masuk Waktunya….! APA YANG Terjadi Pada Lelaki ITU Rupa-Rupanya…

Loading...

 

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan viral pertuduhan kes terhadap seorang lelaki yang kononnya melaungkan azan Maghrib sebelum masuk waktunya. Tindakan itu dikatakan dilakukan lelaki terbabit kerana tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa dan nekad melaungkan sendiri azan Maghrib pada jam 4.30 petang.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zamat Mamat, berkata pihaknya tidak pernah menerima laporan berhubung perkara itu. “Jangan ada pihak bertindak sesuka hati dengan cuba mengelirukan orang ramai.

“Kita tidak mahu orang ramai salah faham mengenai penguatkuasaan undang-undang termasuk Akta Hasutan sedangkan perkara ini tidak berlaku,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Mengikut berita yang luas tersebar menerusi media sosial itu, lelaki terbabit dituduh mengikut Akta Hasutan 1948 dan kononnya hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam tetapi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/164599?m=1

Loading...