Jaclyn Victor Simpan Rahsia 9 Bulan Dan Akhirnya ..

Loading...

PENYANYI terkenal Jaclyn Victor mengejutkan peminat setianya apabila mendedahkan dia baru saja melahirkan anak keduanya, seminggu lalu.

Jaclyn menerusi perkongsian di Instagram memberitahu dia bersalin pada 24 Ogos lalu pada tarikh sama dia melahirkan anak pertama, Jonah Joshiah Rivera dua tahun lepas.

Pelantun lagu Gemilang itu juga mendedahkan jantina bayinya itu perempuan apabila merujuk anaknya itu sebagai ‘mini me’.

Berita itu mengejutkan peminatnya kerana Jaclyn pada malam Rabu menampilkan persembahan bersama Vince Chong pada penutupan Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi lagu Together We Rise.

“Mungkin anda tidak percaya tetapi saya baru saja melahirkan anak minggu lepas, genap seminggu lalu pada hari ini (Khamis),” tulisnya.

Dalam pada itu, Jaclyn juga memuat naik gambar anaknya itu selain foto dia menyambut hari jadi Jonah di hospital selain swafoto dirinya yang sedang tidur di tempat tidur.

“Mereka dilahirkan pada tarikh yang sama, 24 Ogos tetapi dua tahun. Mereka kelihatan seperti kembar, “tulisnya.

Sementara itu, Jaclyn turut memuat naik gambarnya yang sarat hamil dan menurutnya ia adalah bukti dia sedang mengandung.

“Senaman terakhir sebelum saya bersalin dan gambar ini adalah untuk membuktikan saya memang mengandung … hahaha.

“Ye la kita tidak buat pengumuman kan ?,” tulisnya.

Jac, 38, berkahwin dengan bintang R & B Amerika Syarikat, Shawn Rivera, 43, pada 19 Julai 2014 di The First Unitarian Church of Philadelphia yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

 

Sumber: mStar

Loading...