Eh..Siti Nurhaliza Dah Berkerusi Roda? Nasib Baik Datuk K Sweet Melayan .. #suami pecut macam Ferrari.

Loading...

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil hampir lima bulan semakin tidak mampu untuk berjalan jauh sehingga terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.

Menerusi Instagram miliknya, Siti Nurhaliza, 38, memuat naik video suaminya, Datuk Seri Khalid menolak kerusi roda yang dinaikinya di sebuah pusat beli belah.

“Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda… #suamipecutmacamferrarri,” kata Siti.

Video tersebut telah menarik minat 730,000 penonton dan lebih 2,700 komen ditinggalkan daripada pengikut laman Instagramnya.

Rata-rata peminat Siti faham dengan keadaannya dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka sedang mengandung.

“Sama macam saya dulu. Mengandung cepat mengah sampai suami pimpin. Nak pakai baju pun semput.

“Semua itu pembawakan bukan mengada. Faham sangat tengok @ctdk kena bawa naik kerusi roda,” kata pemilik akaun Ratuezza91.

Selain itu, mereka juga mendoakan Siti dan juga bayi dalam kandungannya agar sihat.

Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apbila beliau mengesahkan sedang mengandung empat bulan selepas 11 tahun kahwin.

Loading...