Dengan Berat Hati, Hans Isaac Batal Kahwin!

Loading...

 

Hans Issac dan Gabrielle Robinson sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

Krisis hubungan antara Datuk Hans Isaac dengan tunangnya Gabrielle Robinson yang menjadi persoalan kebelakangan ini ternokhtah apabila aktor itu membuat keputusan membatalkan perkahwinan mereka.Hans dan Gabrielle Robinson yang juga seorang model sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu.

Hans, 46, menerusi kenyataan ringkas kepada mStar Online pada Isnin memberitahu keputusan dibuatnya setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari lalu.

Hans Isaac Jawab Khabar Angin Putus Tunang

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/30/hans-issac-batal-kahwin/~/media/65fe7eb5379e4e18ae413b65011ec91b.ashx?la=en


Semuanya hanya tinggal kenangan.

“Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

“Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Pada Ogos lalu, Hans menolak khabar angin pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir selepas kedua-dua mereka menghapuskan gambar-gambar bersama di Instagram.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/30/hans-issac-batal-kahwin/#ZiYiqj4XGSO0MYcO.99

Loading...