Cara Betul Kekalkan Kesegaran Ikan Yang Disimpan Dalam Freezer, Boleh Tahan Sampai Berbulan

Loading...

 

Rupanya ada cara yang nak simpan ikan dalam peti beku.

Caranya mudah saja. Lepas siang ikan, bersihkan dan rendam dalam air.

Nanti masukkan ikan terendam tu dalam peti beku. Ini perkongsian daripada Puan Normah Baharidalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).

Ada beberapa ahli yang dah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun dah dua minggu.

Cara Simpan Ikan Yang Betul Dalam Freezer
(Rujuk Gambar)

kesegaran ikan

Siang dan potong ikan ikut saiz yang kita mahukan.

kesegaran ikan

Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.

kesegaran ikan

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.

kesegaran ikan

Bila Nak Masak
  Keluarkan dan biarkan ia cair.

   Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.

√    Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.

√    Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.
Info Menarik Dari Follower Mingguan Wanita

kesegaran ikan

Silakan SHARE. Semoga Bermanfaat.

Sumber/Foto: Normah Bahari via Mingguan Wanita

Loading...