“Baru darjah 6? Ingatkan sudah tingkatan 6 tadi…”

Loading...

Kids nowadays. Itulah istilah yang sering digunakan oleh kebanyakkan orang dewasa bagi menunjukkan betapaadvance-nya kanak-kanak sekarang berbanding dengan mereka sewaktu berada di bangku persekolahan suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini jadi tular di laman-laman media sosial gambar makan malam di sebuah sekolah rendah yang tidak ubah seperti sebuah majlis prom. Apa yang menjadikannya lebih menarik apabila pelajar-pelajar yang baru berusia 12 tahun ini sudah pandai bergaya seperti seorang yang sudah dewasa.

Selain daripada memakai pakaian yang elegan, kanak-kanak perempuan yang hadir pada malam prom itu juga sudah pandai bersolek dengan menggunakan mekap.

 

Gambar-gambar yang dimuatnaik ke dalam laman Instagram @saraiman14 dengan kapsyen “Malam Seribu Kenangan” itu kemudiannya menjadi tular dalam masa yang singkat setelah gambar itu mendapat perhatian daripada netizen yang berasa kagum dengan ‘pencapaian’ mereka ini.

Sara dan rakan-rakan lengkap berdandan dan berhias serta mengenakan night dress membuatkan ramai berpendapat bahawa pelajar zaman sekarang nampak lebih matang daripada usia mereka.

Difahamkan, pelajar-pelajar darjah 6 ini adalah daripada salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan menghadiri jamuan makan malam di hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara.

Jadi, desas-desus kanak-kanak yang sudah advance sekarang ini sudah terbukti bukan lagi sebuah mitos ya?

Kredit : Oh My Media

Loading...