Balqis Mentor Millenia Telah Berkahwin Pada Usia Muda 18 Tahun.. Lihat Apa Yang Netizen Komen Tentang Perkahwinan Beliau Amat……

Loading...

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Peserta Mentor Milenia 2017, Balqis selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Khamis lalu dalam majlis yang diadakan di The Regency Waterfront Kuala Terengganu, Terengganu.

Memberitahu majlis pernikahannya itu hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat, kata Balqis, sebuah majlis resepsi akan menyusul tahun hadapan.

“Memang ramai yang terkejut sebenarnya, tetapi ini permintaan keluarga saya hanya untuk mengadakan majlis secara sederhana.

“Rakan-rakan dalam Mentor Milenia termasuk Usop dan Hazama tahu akan majlis pernikahan saya cuma mereka tidak dapat hadir.

“insya-Allah majlis resepsi saya akan berlangsung tahun hadapan pada 14 April,” katanya.

Mengenali Mohd. Hakimi Ikmal, 23, sejak lima tahun lalu, kata Balqis atau nama sebenarnya Nor Balqis Ahmad Tajudin, 18, dia sebenarnya tidak gusar untuk bergelar isteri di usia muda.

“Memang awalnya rasa juga tetapi bila kita sudah lama mengenali suami jadi saya yakin untuk meneruskan hidup sebagai isteri.

“Kami juga akan belajar untuk menguruskan rumah tangga.

“Soal kerjaya memang tidak ada masalah kerana suami masih membenarkan saya teruskan seperti biasa.

“Cuma sebagai isteri saya perlu tahu batas,” katanya kepada Utusan Online. –

 

Ini Antara Komen Di Dalam Instagram Beliau :

Loading...